Sunday, April 3, 2011

Apa Pilihan Anda.....

Assalamualaikum & hai semuanya.


Sumber : Google
Jika kamu memiliki kereta yang kecik, bandingkan diri kamu dengan mereka yang hanya menggunakan motosikal untuk ke mana-mana sahaja. Walaupun cuaca hujan atau panas, mereka terpaksa jugak menggunakan motosikal untuk ke mana-mana. Oleh yang demikian, bersyukurlah kamu.

Sumber : Google
Jika kamu memiliki motosikal, kamu bandingkan pulak diri kamu dengan mereka yang hanya menggunakan basikal untuk ke mana-mana. Mereka terpaksa jugak mengharungi cuaca yang hujan atau panas dengan hanya menggunakan basikal yang tidak mempunyai cermin sisi kiri dan kanan serta bergerak lebih perlahan daripada kamu yang bermotosikal. Ohh. Sangat berisiko mereka yang berbasikal ke mana-mana sahaja. Bersyukurlah kamu wahai si penunggang motosikal.


Sumber : Google
Jika kamu memiliki basikal, bandingkanlah diri kamu dengan mereka yang hanya berjalan kaki untuk ke mana-mana. Perjalanan mereka untuk ke mana-mana sahaja mengambil masa yang lama jika dibandingkan dengan kamu yang memiliki basikal. Si pejalan kaki, mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kemalangan di jalan raya. Aduhai kamu si penunggang basikal, bersyukurlah kerana memiliki sebuah basikal untuk membolehkan kamu ke mana-mana.

Sumber : Google
Jika kamu hanya berjalan kaki untuk pergi ke mana-mana, bandingkan pulak diri kamu dengan mereka yang cacat anggota badan. Tidak punya sepasang kaki untuk berjalan dan tidak punya sepasang mata yang jelas penglihatannya. Bersyukurlah, kamu masih punya anggota badan yang sempurna untuk meneruskan perjalanan ke mana-mana sahaja yang kamu mahukan.

Sumber : Google


Bersyukurlah kamu dengan keadaan kamu sekarang. Selalu bandingkan diri kamu dengan insan lain yang lebih susah daripada kamu. Bersyukurlah selalu. :)

No comments:

Post a Comment